PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia bersedia untuk berbincang dengan rakan sejawatan dari Amerika Syarikat (AS) berhubung kebimbangan mengenai dakwaan penghantaran minyak dari Iran yang dikenakan sekatan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga merupakan jurucakap kerajaan berkata "perkara ini dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat Kabinet hari ini".
Bagaimanapun, beliau berkata memandangkan perbincangan masih sedang berlangsung,"Saya tidak akan menyentuhnya terlalu mendalam (dan) tidak akan mengulas panjang lebar mengenainya".
"Kerajaan Malaysia dan kementerian serta agensi masing-masing bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan di AS untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan beberapa kebimbangan yang dibangkitkan" katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Laporan berita baru-baru ini memetik seorang pegawai Perbendaharaan AS menyatakan kebimbangan terhadap peranan penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia dalam penghantaran minyak Iran yang dikenakan sekatan.
Fahmi berkata isu itu menarik perhatian Perdana Menteri dan Kabinet dan kerajaan melihatnya dengan serius.
"Kita ingin menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat, pertama sekali, mematuhi sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Menjawab soalan mengenai dakwaan Malaysia menjadi tempat bagi pejuang Hamas mengumpul dana dan memindahkan aset, beliau berkata, "Seperti yang saya nyatakan, apabila berbincang dengan rakan sejawatan kami di AS berhubung isu itu, kami ingin memahami sepenuhnya apakah butiran terperinci yang dirujuk mereka".
"Kita akan meneliti perkara itu," katanya.
Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan, dilaporkan berkata Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan Brian Nelson dan pasukannya akan berada di Malaysia untuk mengadakan perbincangan berterusan dengan rakan utama mengenai kepentingan tindak balas global terhadap ancaman kritikal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Fahmi bagaimanapun tidak akan mengulas panjang lebar mengenai isu itu memandangkan perbincangan masih sedang berlangsung. - Gambar fail
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
Malaysia bersedia bincang dengan AS berhubung kebimbangan penghantaran minyak dari Iran - Fahmi
Fahmi bagaimanapun tidak akan mengulas panjang lebar mengenai isu itu memandangkan perbincangan masih sedang berlangsung.